Imam Nawawi telah menyebut dalam al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bahawa terdapat sebanyak 120 kurma Madinah dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.
Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah.
Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.
Jadi tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi sendiri harga kurma Ajwa cukup mahal dan sangat di cari.
Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.
Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan.Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.”(Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)

